Tya Ariffin Dapat Kereta Tesla Sempena Anniversary Ke-7

Uncategorized

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid membuat kejutan menghadiahkan isterinya, Tya Arifin sebuah kereta mewah Tesla sempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ashraf memuat naik video kejutan serta menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. Dalam video yang dikongsikan, Tya dilihat terkejut dengan hadiah istimewa yang diberikan oleh suaminya itu.

“Happy 7th Anniversary sayang! @tyaarifinnw. Alhamdulillah, genap 7 tahun kita berkahwin dan saya masih terpegun melihat kecantikan, kebaikan, kerja keras dan dedikasi terhadap semua yang awak usahakan.

“Terima kasih kerana menyayangi saya meskipun banyak kelemahan diri dan sentiasa mendukung saya dalam setiap perkata. Saya tahu saya tak akan mampu capai hingga ke tahap ini tanpa sokongan dan kepercayaan awak.

“Insya-Allah, semoga kehidupan kita akan terus harmoni. Saya akan cuba melakukan sepenuh hati saya untuk pastikan impian kita tercapai. I love you dan saya harap awak menikmati kejutan kecil ini,” tulisnya.

Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *