Tiada Lagi ‘Kosong’, Najwa Lattif Kini Bergelar Isteri

Uncategorized

Dengan sekali lafaz, penyanyi, Najwa Latif, 27, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga penyanyi rap, Akwa Arifin, 30.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan tepat jam 8.30 pagi tadi dengan mas kahwin berupa 2.5 gram emas di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor.

Pasangan Najwa dan Akwa dinikahkan jurunikah, Abdul Ghani Abdul Rahim dan disaksikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dalam majlis tertutup itu.

Pengurus Najwa, Azahari Jaafar ketika dihubungi berkata, majlis resepsi akan diadakan selepas solat Jumaat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan sekali lafaz. Mas kahwin berupa 2.5 gram emas manakala hantaran pula dirahsiakan.

“Majlis resepsi akan berlangsung sekitar jam 2 petang di hotel sama. Ini adalah satu-satunya majlis resepsi yang akan diadakan bagi meraikan kedua-dua mempelai,” katanya.

Najwa dan Akwa sebelum ini pernah digosipkan bercinta, namun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka.

Mereka juga pernah bekerjasama menerusi lagu berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *