Berkarya Guna Lipstick Mummy, Gelagat Anak Yana Samsudin Curi Perhatian Warganet

Uncategorized

Jika anak lelaki dengan perangainya yang terlebih aktif dan suka memanjat sana sini, lain pula kisahnya dengan anak perempuan yang gemar melaram dikala sedang membesar.

Hal sama terjadi dengan anak ke-2 pelakon dan pengacara, Yana Samsudin yang terlebih berkarya dengan gincu bibir milik ibunya.

Melalui Instagramnya, Yana memuat naik beberapa keping gambar si comel, Aura Aisy Sofea dalam pelbagai gaya yang amat mencuit hati.

Yana pada mulanya menyangkakan mulut anaknya berdarah selepas suaminya berkongsi beberapa keping gambar Aura. Ternyata sangkaan itu meleset.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Rupanya anak kecil itu mengenakan lipstick ibunya yang berwarna merah pekat. Biar pun tidak sempurna sapuannya, namun cubaan untuk melaram dan cantik seperti mommy jelas terbukti.

“Hai la anak, boleh pulak dia berkarya dengan lipstick mommy nih”

“Anak korang camner ?” tulis Yana lagi sambil bertanyakan kepada pengikutnya di Instagram.

Inilah gelagat semulajadi anak perempuan. Dengan hanya sekadar melihat gaya ibu ketika mengenakan solekan, anak kecil kita boleh menirunya semula. Cute betul Aura!

Sumber : Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *