[V] Janna Nick Bawa Diri Ke Eropah.. Terserempak Dengan Puteri Sarah Di KLIA

Uncategorized

Selepas perkongsian bergelarnya status ‘single’, hubungan di antara Janna Nick dengan Dini Schatzmann terus menjadi topik bualan hangat warganet, setelah aktres popular itu juga tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya.

Menguatkan lagi spekulasi kehancuran cinta mereka, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dikatakan telah membawa diri untuk bercuti di Eropah.

Biarpun perkara tersebut tidak diberikan perincian, pemergian Janna ke Eropah dikongsikan rakan seperjuangan, Puteri Sarah Liyana yang secara kebetulan terserempak dengan Janna di lapangan terbang.

“Cari ketenangan, cari ketenangan di Eropah okey,” tulisnya kasyen ringkas dalam sebuah video yang dikongsikan Puteri Sarah.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu turut memuat naik gambar pertemuan tidak dirancang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam InstaStory miliknya.

“Boleh pula jumpa Janna Nick di ‘airport’. Jaga diri seorang-seorang walau di mana mu pergi nanti. Love you,” tulisnya.

Difahamkan, Janna ketika ini sudah pun tiba ke tempat tujuan untuk memulakan percutian di Eropah.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya…,” tulisnya.

“Janna, 27 Tahun, Single, Tak suka buka bungkusan, sambal,” coret penyanyi lagu Gatal itu lagi dalam hantaran seterusnya.

Ketika ini, Dini Schatzmann masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain masih lagi mengikuti Janna di Instagram.

Hubungan cinta mereka mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.

Sumber : Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *