[V] Abby Abadi Bahan Shuk ‘Pedas’, Gelisah Shuk Dibuatnya

Uncategorized

Perkongsian pelakon Abby Abadi baru-baru ini menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan pelawak Shuk Sahar yang datang ke rumahnya untuk menghantar produk wajah.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya itu, Abby bertanyakan kepada Shuk bila dia akan berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Fara yang didakwa orang ke-3 kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat Shuk hanya ketawa bersahaja apabila mendengar soalan yang ditanyakan Abby itu dan seolah-olah tidak selesa dengan persoalaan yang diajukan itu.

Justeru itu, Abby turut sempat memohon maaf pada kapsyen yang di tulisnya di video tersebut serta mengatakan dia sememangnya suka membahan dan menyakat Shuk.

Perkongsian Abby mendapat pelbagai reaksi dari rata-rata netizen yang terhibur dengan usikan tersebut dan ada juga di kalangan netizen yang mendoakan supaya rumah tangga Shuk kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *