Anak Saudara Fattah Amin Perlukan Rawatan Bernilai RM9 Juta

Uncategorized

Pelakon terkenal Fattah Amin melalui akaun Instagramnya berkongsikan tentang kondisi anak saudaranya yang sedang sakit tenat. Justeru itu, mengundang rasa sebak netizen apabila melihat bayi kecil itu diuji dengan penyakit yang agk serius sehingga memerlukan rawatan segera.

Memuat naik foto anak kepada adik ketiganya yang dikenali sebagai Raihan. Wan Muhammad Naail atau dipanggil sebagai Naail di dalam gambar tersebut dapat dilihat Naail dipakaikan alat bantuan pernafasan.

Bayi comel ini disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 yang merupakan salah satu dari rare disease.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Sebelum itu, ibu kepada Naail iaitu Raihan yang merupakan adik ke-3 kepada Fattah telah memuat naik kenyataan memohon bantuan rawatan anaknya itu.

Kongsi Raihan lagi, Naail memerlukan rawatan sebelum usianya genap 6 bulan. Kini, bayi lelaki tersebut mempunyai masa 2 bulan lagi untuk mandapatkan rawatan pakar.

Bukan sedikit kos yang perlu ditanggung, maka dia dan suami mengambil keputusan untuk memohon sumbangan orang ramai untuk tujuan rawatan Naail.

Tambahnya lagi, ubat paling berkesan untuk merawat penyakit anaknya adalah jenis Zolgensma yang bernilai kira-kira RM9 juta.

Raihan berharap dengan sumbangan orang ramai dapat membantu untuk membiayai kos rawatan serta memohon doa orang ramai untuk anaknya.

Sama-sama kita doakan kesihatan Naail bertambah baik dan segala urusan Raihan sekeluarga dipermudahkan.

Sumber : Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *