[V] ‘Superman Hew’ Diberkas Polis, Didakwa Beri Ucapan Berbaur Perkauman Dan Menghina

Uncategorized

Bekas ahli politik DAP, Hew Kuan Yew telah ditahan oleh pihak Polis Pahang bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memberi ucapan yang didakwa berunsur perkauman.

Menerusi video yang viral tempoh hari di media sosial, Hew yang dikenali sebagai ‘Supermen Hew’ berucap menggunakan bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam semasa menyampaikan ceramah Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan yang Kuan Yew, 53, ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman.

Difahamkan, Hew kini ditahan di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf juga memaklumkan yang suspek turut disiasat mengikut seksyen yang sama bagi ucapannya di dalam satu program ceramah politik pada 18 November  lalu di Taman Pandan Mawar, Melaka.

Melalui video tersebut, Hew dikatakan menggunakan kata-kata kesat serta berbaur perkauman ketika berucap pada ceramah  tersebut.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *