Janna Nick Dikecam Netizan, Gaya & Pakaiaan Menjolok Mata

Uncategorized

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick telah berpisah dengan teman lelakinya, Dini Schatzmann selepas dia sendiri mengumumkan perkara tersebut di Instagram miliknya.

Susulan daripada itu, kemudiannya menerusi perkongsian Insta Story Puteri Sarah Liyana, memperlihatkan Janna Nick berada di lapangan terbang KLIA dan cuba mencari ketenangan di Eropah.

Sesudah sahaja Janna sampai di Rome, Itali, dia turut berkongsikan foto dan juga memuat naik video menerusi laman media sosial Tiktok miliknya yang dimana video tersebut menggambarkan dia sedang mencari ketenangan di sana.

Terbaru ini, Janna Nick ada berkongsikan perkembangan terbaru tentang dirinya yang berada disana dengan memuat naik beberapa foto di hadapan sebuah bangunan tetapi sebaliknya mendapat kecaman dari netizen

Rata-rata netizen mengecam mengenai pemakaiannya yang kelihatan menjolok mata dengan mengenakan skirt yang agak singkat dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badannya.

Justeru itu, membuatkan netizen tidak senang duduk melihat pelakon tersebut berpakaian sedemikian.

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *