[V] Nelysa ‘In Character’, Tak Kekok Walau Pertama Kali Di ‘MeleTOP’

Uncategorized

Mengisi masa lapang dengan membuat video secara suka-suka pada PKP yang lalu, dengan tidak semena-mena ianya menjadi permulaan pintu rezeki kepada Nelysa Norazlan, 24,  sebelum bergelar TikTokers terkenal.

Perkongsiaan, Nelysa pernah menjadi anti dengan aplikasi TikTok tersebut, tetapi namun kini dia antara content creator yang mempunyai begitu ramai follower yang kini mencecah 2.8 juta pengikut di aplikasi tersebut.

Baru-baru ini, gadis cantik molek itu telah diundang ke rancangan yang amat popular iaitu program ‘MeleTOP’.

Pada program tersebut, Nelysa menceritakan tentang perjalanan permulaan kariernya sebagai TikTokers dan menampakan dia begitu selesa membawa dirinya sendiri walaupun pertama kali menginjak kaki di sana.

Perkongsian mengenai adiknya yang menghidap Sindrom Cri Du Chat, Nelysa pada awalnya mengakui dia enggan melibatkan keluarganya dalam content TikTok, akan tetapi bagi tujuan awareness, dia tahu kandungan sebegitu memberikan manfaat positif kepada masyarakat yang berminat untuk mengetahui mengenai penjagaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Walaupun kemunculannya hanya sekejap sahaja, namun kehadiran Nelysa ke ‘MeleTOP’ mendapat respon yang baik dari rata-rata netizen di atas tutur katanya yang begitu sopan dan penuh berkeyakinan.

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *