[V] Rakyat Tetap Sokong Abah Walau Gagal Jadi PM Ke-10

Uncategorized

Setelah beberapa hari selepas PRU15, teka-teki siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas 24 tahun menunnggu jawatan tersebut.

Menerusi kenyataan Istana Negara selepas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik  Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10

Baginda yang diperuntukkan kuasa dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan .

Menerusi sebuah hantaran di media sosial platform TikTok, ramai yang tetap menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Pilihan Raya Umum 15.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan akan sentiasa menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abah.

Justeru itu, ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada Abah yang pernah menabur bakti kepada rakyat terutamanya ketika pemerintahannya pada zaman c0vid-19 yang melanda seluruh dunia.

Sumber :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *