[V] Janna Nick Versi Sado, Pemuda Jadi Bualan Hangat Netizen

Uncategorized

Seorang pemuda mendapat perhatian yang sangat luar biasa apabila memuat naik video menunjukkan badannya yang berotot. Bagaimanapun, badannya yang sasa bukanlah menjadi tumpuan netizen, sebaliknya wajahnya yang menjadi bualan hangat kerana dikatakan mirip pelakon Janna Nick.

Jejaka ‘sado’ dikenali sebagai Muhammad Nur Arif Abd Shukor berkata, dia sering menggunakan platform media sosial untuk berkongsi hobi dalam aktiviti kecergasan.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video terbaharu yang dimuat naiknya mendapat sambutan di luar biasa dari netizen.

“Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini.”

“Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan,” katanya kepada mStar.

janna nick sado 2

Walau bagaimanapun, pemuda yang lebih mesra disapa Arif ini tidak kisah dirinya digelar sebagai Janna Nick versi lelaki.

“Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.”

“Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.”

“Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian,” ujarnya.

Menetap di Semenyih, anak bongsu daripada 4 beradik itu mula melibatkan diri dalam senaman angkat berat sejak sedekad lalu.

Malah katanya, dia juga pernah menjadi jurulatih kecergasan peribadi di sebuah gim selama setahun pada 2018.

“Saya bersenam di gim 6 kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal” tambahnya lagi.

janna nick sado 5

Di sebalik minatnya terhadap aktiviti kecergasan, siapa sangka Arif sebenarnya juga berpengalaman dalam bidang kulinari.

“Saya pernah menjadi chef di resort dan hotel sejak 2013. Saya kini merupakan tukang masak di sebuah kafe. Selain boleh memasak, saya juga suka makanan manis dan food hunting!”

“Jadi, saya tidak cenderung untuk memasuki sebarang pertandingan badan cantik atau bina badan. Sasaran saya adalah untuk memiliki badan yang lebih berotot,” katanya yang turut melakukan defisit kalori dan mengelakkan mengambil makanan berkuah.

Arif berkata, dia akan sentiasa berkongsikan video senamannya bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.

“Dari segi bidang yang diminati pula, tip saya adalah kita kena mulakan dulu, baru tahu. Kita kena berani menghadapi kegagalan dan belajar dari kegagalan untuk berjaya,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *