[V] Maya Karin Hampir Pengsan Di Pentas FFM32, Nasib Baik Ada ‘Hero’

Uncategorized

Pelaakon Maya Karin mendedahkan dia mengalami serangan panik ketika tampil sebagai penyampai anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

Maya atau Maya Karin Roelcke, 43, sebelum ini menjadi perhatian peminat apabila dilihat tiba-tiba menggigil ketika membacakan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan Terbaik yang disiarkan secara langsung di TV2.

Maya turut berterima kasih kepada aktor Faizal Hussein yang tampil sebagai rakan penyampainya kerana menjadi penyelamat ketika dia berada dalam keadaan tidak stabil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Dalam pada itu, Maya juga menjelaskan dia terpaksa menanggalkan kasut bagi mengelakkan dirinya jatuh pengsan selain membuatkan dia berasa lebih tenang.

Kata Maya, itu adalah satu-satunya cara untuk mengawal serangan panik ketika itu dan dia perlu membuat tindakan pantas sebelum berlaku sesuatu tidak diingini.

“Satu-satunya cara untuk bertenang dan tidak pengsan adalah memastikan kaki saya jejak tanah. Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein sekali lagi,” katanya.

Ketika serangan tersebut, Maya sempat meminta maaf kepada para tetamu kerana terpaksa memegang bahu Faizal dan membuka kasut tumit tingginya bagi mengelakkan dia tidak terjatuh.

Meskipun berdepan saat mencemaskan itu, Maya dengan spontan meneruskan tugasnya dengan cemerlang pada malam tersebut.

Sehubungan itu, rata-rata peminat Maya turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan aktres tersebut sekaligus berterima kasih kepada Faizal Hussein.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *