Ogy “Pinangan Diterima”? Majlis Minggu Depan

Uncategorized

Menerusi satu perkongsian, pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan akan melangsungkan majlis istimewa pada minggu depan.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata dia sedang menghitung hari bahagia dan sudah menerima pinangan daripada pihak berkenaan.

Perkongsian Ogy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar setiap apa yang dirancang dipermudahkan.

Terdahulu, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun pasangan itu memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *