[V] Alieff Irfan & Bella Kongsi Wajah Kembar, Ayden Maleeq & Ayla Medina

Uncategorized

Personaliti media sosial dan Youtuber Alieff Irfan berkongsi berita gembira kelahiran kembarnya pada tarikh merdeka 31 Ogos 2022 yang lalu.

Sejak itu, dia dan isteri ada berkongsi perkembangan anak kembar mereka namun masih belum bersedia untuk menunjukkan wajah kedua-dua orang bayi tersebut.

Kini bayi mereka sudah berusia 3 bulan dan kedua-duanya membesar dengan baik. Baru-baru ini, ada berkongsi momen indah ketika mengadakan majlis akikah untuk kembar mereka di kampung halaman Alieff di Kelantan.

Sedikit-sebanyak melalui perkongsian di IG Story Bella boleh dilihat mereka mendukung bayi kembar mereka. Ketika ini, Bella sudah sedikit terbuka untuk memperlihatkan kecomelan bayi-bayi mereka yang diberi nama Ayla Medina dan Ayden Maleeq.

Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi wajah anak-anak mereka ketika usia 43 hari. Pasangan ini mengadakan sesi fotografi khas untuk merakam detik indah mereka sekeluarga dengan tema kuning dan coklat.

Tambah Bella, wajah bayi kembarnya ini banyak berubah berbanding pada awal kelahiran mereka. Menerusi ruangan komen,  ramai yang melihat raut wajah Ayla lebih seiras dengan Alieef manakala Ayden pula lebih banyak mengikut wajah Bella.

Jelas kelihatan wajah bahagia pasangan ini ketik sesi fotografi dijalankan. Memang comel betul Ayla dan Ayden ni! Semoga mereka berdua membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.

Sumber : Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *