Anim Ezati & Suami Dah Bercerai, Terpaksa Rahsia Hal Perpisahan

Uncategorized

Selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga, pengacara Anim Ezati mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Mohd Fadli Sahudin sudah menemui penghujungnya.

Anim, 30, menyatakan dia sudah bercerai sejak awal tahun, namun terpaksa merahsiakan berita perpisahan itu selama beberapa bulan bagi menghormati permintaan bekas suami.

“Alhamdulillah untuk 2 tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami.”

“Saya dan bekas suami tidak lagi bersama. Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.”

“Jodoh kami sampai di sini sahaja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini.”

“Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara tak best macam ini. But I have to” katanya.

Tambah Anim, dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom.

“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik.”

“Kami tidak bermusuhan. Kami sekarang co-parenting dalam membesarkan Khalsom.”

Anim Ezati atau nama sebenar Anim Ezati Rizki Mohd Khalid mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa-fasa sebagai ibu tunggal.

“Menjadi ibu tunggal tidak mudah. Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana.”

“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.”

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *