PU Azman Didakwa Lagi, 4 Pertuduhan S3ksu4l

Uncategorized

Penceramah selebriti, PU Azman didakwa atas 3 pertuduhan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap 3 remaja lelaki di 2 mahkamah berasingan.

PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.

Di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said, tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Man dituduh 2 kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Azman Syah yang masih bujang itu juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp
dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun.

Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos.

Ini melibatkan 2 mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Cik Man juga didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 2 tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

Sumber : Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *