[V] Suami Ummi Nazeera Layan Drama Rindu Kasih, Siap ‘Spoil’ Cerita Sampai ‘Ending’

Uncategorized

Drama terbaru, ‘Rindu Kasih’ lakonan Ummi Nazeera viral di media sosial. Bukan hanya jalan ceritanya, namun lakonan pelakon hebat itu sekali gus berjaya memukau penonton.

Ummi Nazeera sebagai Salina di dalam drama tersebut yang akhirnya dapat bertemu ibu kandungnya di penjara lakonan Amyza Aznan berjaya mencuit hati penonton apabila kedua-dua pelakon tersebut berjaya membawa babak tersebut dengan baik sekali.

Suami kepada Ummi Nazeera yang dikenali sebagai Dr Mohd Izzar Anwari juga turut melayan drama lakonan isterinya itu.

Apa yang menarik perhatian apabila posting suami Ummi Nazeera ini juga sempat menulis jalan cerita ‘ending’ yang terjadi dalam drama berkenaan antara watak Salina dan ibunya yang dikatakan akan menuntut bela sehingga Salina membuat pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

“Korang tunggu la nanti Salina dan mak dia akan lari dari penjara. Lepas tu akan tuntut bela atas apa yang Mak Amir dan Amir buat kat Salina. Kemudian, Salina akan buat plastic surgery dan bertukar nama ke Katriana (tak serius),” tulis Izzar di kapsyen.

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *