Pelawak, Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya menjalani proses IVF dalam usaha memperoleh cahaya mata baru-baru ini.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, memaklumkan rawatan tersebut tidak berjaya selepas melakukan proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan isterinya.
Achey memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya, menerusi perkongsiaan tersebut dilihat Achey sedang memujuk isterinya, Anne supaya redha kerana belum mempunyai rezeki lagi bagi mendapat zuriat
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger,” tulisnya di kapsyen.
Dapat dilihat menerusi video tersebut, Achey cuba menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas sahaja selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya di Instagram memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sumber :