Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura meluangkan masa bersama suami, Fattah Amin dan cahaya mata sulungnya, Nur Fatima Aisya.
Baru-baru ini, perkongsian Fazura menerusi Instagram miliknya, keluarga bahagia ini memilih bercuti ke luar negara iaitu Jerman dan mengatakan bahawa ia merupakan percutian musim sejuk pertama buat Fatima.
Fazura berkongsikan dan memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan memakai tudung sarung ketika berada di Jerman, namun tetap terserlah kejelitaannya.
Nama Fattah Amin juga terpalit dek kerana Fazura juga sempat memuat naik beberapa keping foto bersama dengan suami tersayang.
Meninjau di ruang komen, peminat berkata foto tersebut menyifatkan ‘Hero Seorang Cinderella’ musim ke-2 versi realiti yang mana pasangan sama cantik, sama padan ini sekarang bahagia bersama puteri mereka, Fatima.
Sumber : Syor