Selebriti, Janna Nick baru-baru ini mengumumkan hubungan percintaannya dengan kekasih hati iaitu Dini Schatzmann sudah berakhir di penghujung jalan.
Namun begitu, kemunculan lagu baru nyanyian Janna Nick iaitu ‘Mentari Setia’ menimbulkan tanda tanya sama ada ianya betul-betul atau sekadar gimik sahaja.
Apa yang lebih mengelirukan orang ramai apabila ada peminat mendakwa melihat pasangan itu bersama-sama sedang meluangkan masa di pusat pelancongan popular, Genting Highlands.
Video yang bedurasi 11 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, menerusi video tersebut dapat dilihat Dini sedang memegang kamera merakam aksi Janna Nick seolah-olah sedang mempromosikan sesuatu.
Meninjau di ruangan komen, perkongsiaan video tersebut mendapat reaksi positif dari kalangan netizen yang beranggapan pasangan itu masih berkawan rapat dan bersikap profesional demi kerjaya walaupun sudah berpisah.
Sumber :