Pendakwah bebas terkenal, PU Azman sekali lagi terpalit dakwaan 4 pertuduhan jenayah seksual membabitkan 3 remaja lelaki dan dihadapkan ke 2 mahkamah berasingan.
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias, 41, mengakui tidak bersalah terhadadap 3 pertuduhan tersebut.
Menerusi sebuah video yang tular di aplikasi TikTok, PU Azman meminta orang ramai untuk mendoakannya.
“Perkara tu sedikit sebanyak kita berfikir juga tapi nak buat macam mana saya kena teruskan. Doakan Cik Man. Terima kasih semua,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sayu melihat raut wajah PU Azman tampak sedih.
Difahamkan, sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.
Sumber : Xtra